GC PMR

Wednesday, October 19, 2011

Calon GC KM


Rujukan: PPD(KM)100/17/11 ( )
                                                                                             Tarikh :10 Oktober 2011

..............................................
Calon Guru Cemerlang/Ketua Panitia
Daerah Kota Marudu/Kudat/Pitas

Melalui,
Pengetua/ Guru Besar
SMK/SK (SJK(C) ........................................................
Kota Marudu/Kudat/Pitas,  Sabah                                                                       


Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI SIMPOSIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG ZON UTARA  TAHUN 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Tuan / Puan adalah dijemput ke SIMPOSIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG ZON UTARA, anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu dan  Majlis Guru Cemerlang Zon Kota Marudu Kali Pertama Tahun 2011,  berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh                     :               10 November  2011
Hari                        :               Khamis
Masa                     :               7.00 pagi
Tempat                 :               Bilik Gerakan SMK Kota Marudu Sabah. 

3.             Program ini merupakan usaha pihak MGC Zon Utara untuk membolehkan GC atau mereka yang berminat memohon GC berinteraksi dan berkongsi idea, ilmu dan bahan pengajaran dan Pembelajaran, seperti kajian tindakan, modul, inovasi dan dokumentasi bahan yang berkaitan dengan kerjaya guru. Tuan/ Puan Calon GC/ Ketua Panitia digalakkan menghantar hasil kerja untuk dipamerkan pada hari tersebut.
                 
4.             Keprihatinan serta kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


JAINIM SAMARON
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah
Kota Marudu, Sabah.

s.k.:         1.  Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sabah.
                2.  YDP Majlis Guru Cemerlang Sabah.
                3.  PPD Kudat.
                4.  PPD Pitas.
                5.  Semua GC Zon Utara
                6.  Fail.

Jempuatan kepada Tn.Mohd Nazri Abd.Rahman


Tuan/ Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI  PROGRAM SIMPOSIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG ZON UTARA TAHUN 2011.

Dengan penuh takzim dan  hormatnya  pihak kami memohon jasa baik tuan mengenai perkara di atas .

2.         Pihak Pejabat Pelajaran Daerah dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang  Zon Utara sebulat suara memilih tuan sebagai Panel Penilai dan Komentar sepanjang program tersebut dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh            :          10 November  2011
Hari                :           Khamis
Masa               :           7.00 pagi
Tempat           :           Bilik Gerakan SMK Kota Marudu Sabah. 
             
3.         Program ini merupakan usaha pihak MGC Zon Utara untuk membolehkan GC atau mereka yang berminat memohon GC berinteraksi dan berkongsi idea, ilmu dan bahan pengajaran dan Pembelajaran, seperti kajian tindakan, modul, inovasi dan dokumentasi bahan yang berkaitan dengan kerjaya guru. 

4.         Perhatian serta kerjasama Tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


JAINIM SAMARON
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah
Kota Marudu, Sabah.

s.k.:     1.  Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sabah.
            2.  YDP Majlis Guru Cemerlang Sabah.
            3.  PPD Kudat.
            4.  PPD Pitas.
            5.  Semua GC Zon Utara
            6.  Fail.

Mesyarat Terakhir 2011 MGC Zon Kota Marudu

Salam hormat dan Salam Perpaduan.

Tuan (Semua GC) dijemput untuk menghadiri mesyuarat terakhir 2011 Majlis Guru Cemerlang Zon Kota Marudu berdasarkan ketetapan berikut:

 Tatikh: 20 Okteber 2011
Masa  : 9.30 pagi
Tempat: Bilik Gerakan SMK.Kota Marudu Sabah.
Agenda:
1. Ucapan pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit dari minit mesyuarat yang lalu
4. Takwim aktiviti 2012
5. Majlis restu calon-calon SPM 2011 SMK Bengkongan
6. Simposium penyelidikan dan inovasi P & P 2011
7. Jamuan akhir tahun 2011
8. Hal-Hal lain
Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan/ puan sangat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
      Penulis GC ROBERT GARATAM

Wednesday, July 20, 2011

Seminar Tora-tora

SEMINAR TORA TORA UNTUK GURU
DI BAWAH “PROJEK SISC SMK BENGKONGAN 2011”
Projek SISC SMK.Bengkongan 2011
14 JULAI 2011 (KHAMIS)
9.00 AM – 12.30 PM
DEWAN SERBAGUNA SMK BENGKONGAN

Seminar Tora-Tora merupakan trade mark bagi Majlis Guru Cemerlang Sabah. Ia wajib dilaksanakan di peringkat sekolah, zon dan negeri. Tora Tora merupakan istilah Jepun yang bermaksud “serang” atau “gempur”. Ini bermakna, apa juga program kecemerlangan akademik yang bakal dilaksanakan oleh para GC, ia haruslah berfokus dan ada sasaran serta berorientasikan pencapaian objektif.
► Kebiasaannya dilaksanakan dalam dua peringkat kategori iaitu Seminar Tora Tora Untuk Guru dan Seminar Tora Tora Untuk Murid. Bagi kategori guru, pengisian program ialah peraturan memberi markah (PMM) dan skema permarkahan. Bagi kategori murid, pengisian program ialah teknik menjawab soalan peperiksaan.

Gambar akiviti gc








5 - 7 Ogos 2011 ke SK.Magandai Kota Marudu

Ada Perancangan dari MGC KM melawat SK.Magandai Kota Marudu pada bulan Ogos (5-7/8/11) anjuran astro dan PPDKM.


Pengisian- aktiviti yang boleh membantu murid-murid belajar dengan pencapaian yang baik...cemerlang.

Esok 21/7/11 ada mesuarat di Bilik Gerakan PPD Kota Marudu untuk program tersebut. Kerjasama semua GC sangat2 diharapkan. Terima kasih.

Gambar akiviti gc