GC PMR

Wednesday, October 19, 2011

Menjawab esei PMO


1. Baca soalan dan fahamkan
2. Kenal pasti stem soalan, misalnya siapakah wataknya, di mana situasi itu berlaku, kehendak soalan, apa nilai penting yang diungkapkan.
3. Tidak perlu ada pendahuluan,
4. Mulakan dengan menyatakan nilai yang perlu diamalkan/ ditunjukkan…..
5. Kemudian Huraian atau Penjelasan seterusnya, gunakan kata kunci nilai….
6. Bina ayat sendiri untuk menghurai atau memberi penjelasan yang tepat.
7. Jangan lupa memberikan contoh yang sesuai
Markah akan diberi berdasarkan;
1. Nilai yang tepat …..1m
2. Dua Penjelasan / huraian yang tepat….. 2m
3. Dua Contoh yang sesuai dan tepat…..    2m
Satu nilai diberi-  lengkap dgn huraian dan contoh boleh dapat 5 m

Maksud Pendidikan Moral


APA MAKSUD PENDIDIKAN MORAL?
Pendidikan Moral ialah program yang mendidik murid atau seseorang menjadi insan yang bermoral atau berakhlak mulia dengan menekankan perkembangan Pemikiran Moral, Perasaan Moral dan Perlakuan atau Tingkah laku Moral.
APAKAH PRINSIP UTAMA YANG MENJADI PANDUAN DALAM MELAHIRKAN INSAN YANG MEMPUNYAI PENDIDIKAN YANG MENYELURUH ATAU PENDIDIKAN YANG SEIMBANG?
Prinsip-Prinsip itu ialah:
·         Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain
·         Berpegang teguh pada ajaran agama
·         Perhatian kepada alam sekitar
·         Mengekalkan Keamanan dan Keharmonian hidup
·         Bersemangat Patriotik
·         Menghormati hak Asasi Manusia dan
·         Mengamalkan Prinsip Demokrasi dalam kehidupan seharian.

GC Zon Utara


MAJLIS GURU CEMERLANG ZON KOTA MARUDU
D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA MARUDU
PEKAN GOSHEN LOT 4 – 6, PETI SURAT 297
89108 KOTA MARUDU, SABAH.
[ TEL  :  088-661205. FAX : 088-662582 ]

 


Rujukan: PPD(KM)100/17/11 ( )
                                                                                             Tarikh :10 Oktober 2011
Semua Guru Cemerlang Kota Marudu/Kudat/Pitas
Melalui,
Pengetua/ Guru Besar
SMK/SK (SJK(C) ........................................................
Kota Marudu/Kudat/Pitas,  Sabah                                                                      


Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM  SIMPOSIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG ZON UTARA  TAHUN 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Tuan / Puan  dijemput menghadiri dan melaksanakan  PROGRAM  SIMPOSIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG ZON UTARA, anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu dan  Majlis Guru Cemerlang Zon Kota Marudu Kali Pertama Tahun 2011,  berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh                     :               10 November  2011
Hari                        :               Khamis
Masa                     :               7.00 pagi
Tempat                 :               Bilik Gerakan SMK Kota Marudu Sabah. 

3.             Program ini merupakan usaha pihak MGC Zon Utara untuk membolehkan GC atau mereka yang berminat memohon GC berinteraksi dan berkongsi idea, ilmu dan bahan pengajaran dan Pembelajaran, seperti kajian tindakan, modul, inovasi dan dokumentasi bahan yang berkaitan dengan kerjaya guru. Tuan/ Puan Guru Cemerlang  diwajibkan menghantar hasil kerja untuk dipamerkan pada hari tersebut.
                 
4.             Keprihatinan serta kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


JAINIM SAMARON
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah
Kota Marudu, Sabah.

s.k.:         1.  Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sabah.
                2.  YDP Majlis Guru Cemerlang Sabah.
                3.  PPD Kudat.
                4.  PPD Pitas.
                5.  Semua GC Zon Utara
                6.  Fail.


Perasmi Simposium PI


Rujukan: PPD(KM)100/17/11 ( )
                                                                                             Tarikh :10 Oktober 2011
ENCIK JAINIM SAMARON
Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu
Pejabat Pelajaran Daerah
Kota Marudu, Sabah.


Tuan/ Puan,

JEMPUTAN SEBAGAI PERASMI  PROGRAM SIMPOSIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG ZON UTARA TAHUN 2011.

Dengan penuh takzim dan  hormatnya  pihak kami memohon jasa baik tuan mengenai perkara di atas .

2.         Pihak Pejabat Pelajaran Daerah dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang  Zon Utara sebulat suara memilih tuan untuk merasmikan dan menutup program tersebut yang akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh            :          10 November  2011
Hari                :           Khamis
Masa               :           11.30 pagi
Tempat           :           Bilik Gerakan SMK Kota Marudu Sabah. 
             
3.         Program ini merupakan usaha pihak MGC Zon Utara untuk membolehkan GC atau mereka yang berminat memohon GC berinteraksi dan berkongsi idea, ilmu dan bahan pengajaran dan Pembelajaran, seperti kajian tindakan, modul, inovasi dan dokumentasi bahan yang berkaitan dengan kerjaya guru. 

4.         Perhatian serta kerjasama Tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


JOSIL BIN KIDUTAH
Pengerusi  MGC
Zon Utara Kota Marudu
  

s.k.:     1.  Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sabah.
            2.  YDP Majlis Guru Cemerlang Sabah.
            3.  PPD Kudat.
            4.  PPD Pitas.
            5.  Semua GC Zon Utara
            6.  Fail.