GC PMR

Wednesday, March 9, 2011

Laporan ringkas Pelaksanaan Kursus Penyediaan Fail yang sistematik dan dokumentasi GC


LAPORAN PELAKSANAAN KURSUS PENYEDIAAN SISTEM FAIL DAN DOKUMENTASI GURU CEMERLANG.


Tarikh: 17 Februari 2011
Masa  : 8.00 pagi hingga 1.30 petang.
Tempat : Bilik Gerakan SMK.Kota Marudu, Kota Marudu Sabah
Penganjur: Kerjasama antara Majlis Guru Cemerlang Zon Kota Marudu dan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu.

Pengerusi Pelaksana: En.Robert Garatam (GC Pendidikan Moral- SMK.Tandek Kota Marudu).
Penceramah: En.Josel Kidutaah (Guru Cemerlang Mata Pelajaran Matematik ) dari SMK.Kota Marudu, merangkap Pengerusi MGCZKM
Perasmi: En.Abdul Rahim Bin Tapah, Ketua Unit Bahasa, Pejabat Pelajaran Kota Marudu Sabah.

Laporan Lengkap:
1. Kedatangan Guru-guru cemerlang mula pada jam 7.00 pagi.
2. Peserta kursus dikenakan bayaran RM10.00 seorang untuk makan dan minum serta membayar kos pelaksanaan kursus tersebut.
3. Tepat pada jam 8.30 pagi Kursus dimulakan dengan menyanyi Lagu Negaraku, lagu Sabah Tanah Airku dan bacaan doa, seterusnya  ucapan pengerusi pelaksana En.Robert Garatam. Beliau memberi pernyataan berkaitan dengan matlamat kursus, objektif kursus dan peranan dan tugas guru cemerlang dalam bidang pendidikan .Seterusnya beliau berterima kasih kepada semua yang sudi memberi bantuan dan kerjasama menjayakan program ini. Guru cemerlang pemangkin kemajuan pendidikan negara.
4. Ucapan Perasmian oleh En.Abdul Rahim Bin Tapah. Beliau mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu yang tidak dapat datang kerana ada urusan rasmi ke Melaka. Beliau menjelaskan tanggungjawab Guru cemerlang secara ringkas. Kerjasama Pejabat Pelajaran dan Guru-guru pakar dalam mata pelajaran dapat meningkatkan mutu pendidikan di daerah Kota Marudu khususnya dan amnya di Malaysia. Kepentingan memahami tugas GC dapat memajukan kerjaya GC dengan lebih cepat. Beliau memberikan motivasi kepada GC yang hadir.
5. Selesai ucapan perasmian, pengerusi penganjur menyampaikan cenderahati kepada perasmi.
6.Perasmi terus bergerak ke Pusat Kegiatan Guru kerana urusan perasmian aktiviti pendidikan
Islam.
7.Ceramah 1 dimulakan jam 9.20 pagi yang bertajuk: Penyediaan Sistem Fail.
8.Ceramah  2 pada jam 11.00 pagi yang bertajuk: Cara Dokumentasi Guru Cemerlang yang
berkesan.
9.Selepas dua ceramah perbincangan telah dibuka kepada semua peserta. Peserta merasa puas hati dengan penganjuran kursus ini kerana dapat menambah banyak ilmu berkaitan dengan tugas dan peranan GC. Penceramah banyak berkongsi  pengalaman dan ilmu beliau berkaitan dengan tajuk ceramah yang disampaikan.
10.Jam 12.30 petang jamuan makan di Kantin SMK.Kota Marudu .

Kehadiran Guru Cemerlang seramai 24 orang.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment