GC PMR

Wednesday, April 25, 2012

Surat Jemputan Bengkel...LOKAS , 26.04. 2012



PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA MARUDU
PEKAN GOSHEN LOT 4 - 6
PETI SURAT 297, 89108 KOTA MARUDU, SABAH.
Tel : 088-661205 / 088-661178
Fax : 088-662582
E-mail : ppd.kotamarudu@moe.gov.my

                                                                                                 Rujukan          : PPD(KM)100/17/12(  )
                                                                                                 Tarikh              : 10 April 2012
Ketua Panitia Matematik
SK/SJK(C)..............................................
Kota Marudu

Melalui,
Guru Besar
SK/SJK(C).............................................           
Kota Marudu


Tuan,

BENGKEL PENULISAN KERTAS KERJA PROGRAM LOKAS SEKOLAH RENDAH DAERAH KOTA MARUDU 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Zon Utara Sabah akan menganjurkan Bengkel Penulisan / Penyediaan Kertas Kerja Program LOKAS Sekolah Rendah Daerah Kota Marudu 2012 berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh               :           26 April 2012
Hari                  :           Khamis
Masa               :           8.00 pagi
Tempat            :           Bilik Gerakan PPD Kota Marudu

3.         Sehubungan dengan itu tuan dijemput untuk mengikuti bengkel tersebut. Sila bawa bersama komputer riba, kad kursus dan data-data headcount / SAPS berkaitan mata pelajaran panitia jagaan tuan.

4.         Perhatian dan kerjasama daripada pihak tuan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



JAINIM SAMARON
Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu
merangkap
Penasihat Majlis Guru Cemerlang Zon Utara Sabah

s.k.:          1.  Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sabah.
                2.  Majlis Guru Cemerlang Negeri Sabah.
                3.  Guru Besar daerah Kota Marudu.
                4.  Fail.

No comments:

Post a Comment