GC PMR

Wednesday, October 19, 2011

Calon GC KM


Rujukan: PPD(KM)100/17/11 ( )
                                                                                             Tarikh :10 Oktober 2011

..............................................
Calon Guru Cemerlang/Ketua Panitia
Daerah Kota Marudu/Kudat/Pitas

Melalui,
Pengetua/ Guru Besar
SMK/SK (SJK(C) ........................................................
Kota Marudu/Kudat/Pitas,  Sabah                                                                       


Tuan,

JEMPUTAN MENGHADIRI SIMPOSIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG ZON UTARA  TAHUN 2011

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.             Tuan / Puan adalah dijemput ke SIMPOSIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG ZON UTARA, anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu dan  Majlis Guru Cemerlang Zon Kota Marudu Kali Pertama Tahun 2011,  berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh                     :               10 November  2011
Hari                        :               Khamis
Masa                     :               7.00 pagi
Tempat                 :               Bilik Gerakan SMK Kota Marudu Sabah. 

3.             Program ini merupakan usaha pihak MGC Zon Utara untuk membolehkan GC atau mereka yang berminat memohon GC berinteraksi dan berkongsi idea, ilmu dan bahan pengajaran dan Pembelajaran, seperti kajian tindakan, modul, inovasi dan dokumentasi bahan yang berkaitan dengan kerjaya guru. Tuan/ Puan Calon GC/ Ketua Panitia digalakkan menghantar hasil kerja untuk dipamerkan pada hari tersebut.
                 
4.             Keprihatinan serta kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


JAINIM SAMARON
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah
Kota Marudu, Sabah.

s.k.:         1.  Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sabah.
                2.  YDP Majlis Guru Cemerlang Sabah.
                3.  PPD Kudat.
                4.  PPD Pitas.
                5.  Semua GC Zon Utara
                6.  Fail.

No comments:

Post a Comment