GC PMR

Wednesday, October 19, 2011

Jempuatan kepada Tn.Mohd Nazri Abd.Rahman


Tuan/ Puan,

JEMPUTAN MENGHADIRI  PROGRAM SIMPOSIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG ZON UTARA TAHUN 2011.

Dengan penuh takzim dan  hormatnya  pihak kami memohon jasa baik tuan mengenai perkara di atas .

2.         Pihak Pejabat Pelajaran Daerah dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang  Zon Utara sebulat suara memilih tuan sebagai Panel Penilai dan Komentar sepanjang program tersebut dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh            :          10 November  2011
Hari                :           Khamis
Masa               :           7.00 pagi
Tempat           :           Bilik Gerakan SMK Kota Marudu Sabah. 
             
3.         Program ini merupakan usaha pihak MGC Zon Utara untuk membolehkan GC atau mereka yang berminat memohon GC berinteraksi dan berkongsi idea, ilmu dan bahan pengajaran dan Pembelajaran, seperti kajian tindakan, modul, inovasi dan dokumentasi bahan yang berkaitan dengan kerjaya guru. 

4.         Perhatian serta kerjasama Tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


JAINIM SAMARON
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah
Kota Marudu, Sabah.

s.k.:     1.  Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sabah.
            2.  YDP Majlis Guru Cemerlang Sabah.
            3.  PPD Kudat.
            4.  PPD Pitas.
            5.  Semua GC Zon Utara
            6.  Fail.

No comments:

Post a Comment