MAJLIS GURU CEMERLANG ZON KOTA MARUDU D/A PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA MARUDU PEKAN GOSHEN LOT 4 – 6, PETI SURAT 297 89108 KOTA MARUDU, SABAH. [ TEL : 088-661205. FAX : 088-662582 ] |
Rujukan: PPD(KM)100/17/11 ( )
Tarikh :10 Oktober 2011
Semua Guru Cemerlang Kota Marudu/Kudat/Pitas
Melalui,
Pengetua/ Guru Besar
SMK/SK (SJK(C) ........................................................
Kota Marudu/Kudat/Pitas, Sabah
Tuan,
JEMPUTAN MENGHADIRI PROGRAM SIMPOSIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG ZON UTARA TAHUN 2011
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Tuan / Puan dijemput menghadiri dan melaksanakan PROGRAM SIMPOSIUM PENYELIDIKAN DAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GURU CEMERLANG ZON UTARA, anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah Kota Marudu dan Majlis Guru Cemerlang Zon Kota Marudu Kali Pertama Tahun 2011, berdasarkan ketetapan berikut :
Tarikh : 10 November 2011
Hari : Khamis
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan SMK Kota Marudu Sabah.
3. Program ini merupakan usaha pihak MGC Zon Utara untuk membolehkan GC atau mereka yang berminat memohon GC berinteraksi dan berkongsi idea, ilmu dan bahan pengajaran dan Pembelajaran, seperti kajian tindakan, modul, inovasi dan dokumentasi bahan yang berkaitan dengan kerjaya guru. Tuan/ Puan Guru Cemerlang diwajibkan menghantar hasil kerja untuk dipamerkan pada hari tersebut.
4. Keprihatinan serta kerjasama Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah,
JAINIM SAMARON
Pegawai Pelajaran Daerah,
Pejabat Pelajaran Daerah
Kota Marudu, Sabah.
s.k.: 1. Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik, JPN Sabah.
2. YDP Majlis Guru Cemerlang Sabah.
3. PPD Kudat.
4. PPD Pitas.
5. Semua GC Zon Utara
6. Fail.
No comments:
Post a Comment