GC PMR

Wednesday, October 19, 2011

Kaedah Pengajaran


 Kaedah Pengajaran
 Pengajaran secara kuliah menggariskan beberapa kelebihan. Antaranya ialah cara ini berkesan untuk mendapatkan maklumat. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana semua maklumat boleh disampaikan kepada sekumpulan murid yang bsear dalam masa yang singkat. Selain itu, cara ini dapat menyumbang bahan-bahan tambahan yang tidak boleh diperoleh oleh murid-murid melalui buku teks. Kelas lebih mudah dikawal dan sesetengah murid akan merasa lebih puas dengan bentuk penyampaian yang lebih distrukturkan. Mereka lebih mudah menganalisa, menginterpretasi, dan mensintesis bahan-bahan pembelajaran apabila disampaikan secara langsung. 
 Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ia merupakan komunikasi satu hala. Interaksi antara pendidik atau guru dengan murid terhad. Pengajaran cara ini tidak menggalakkan murid-murid belajar secara aktif. Pembelajaran melalui penerimaan bahan-bahan kulih biasanya tidak lengkap kerana apa yang didengar atau dicatat secara tergesa-gesa itu akan mudah dilupai atau tidak difahami dengan sempurna. Oleh itu banyak masa diperlukan untuk membuat telahan selepas menerima kuliah. Pengajaran secara kuliah kadangkala tidak boleh mencapai sesetengah jenis objektif kerana ia tidak boleh menolong kita mencapai objektif pemikiran kritikal atau kreatif atau penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor kognitif. Ia juga tidak berupaya mengubah nilai atau sikap dan tidak akan boleh menghasilkan penganut baru. Cara ini biasanya memerlukan guru yang pandai bercakap dan boleh bertutur dengan baik.

PENGAJARAN SECARA KUMPULAN
Pengajaran secara kumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid-murid dalam satu-satu kumpulan tertentu. Lazimnya bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan pengajaran dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok. 
 Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid. Kedua, ialah kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan. 
 
KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN
a) Kumpulan jenis ini melibatkan murid-murid yang lebih kurang samam taraf kebolehan mereka. Mereka ini diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan penialaian. 
b)  Pengumpulan murid-murid mengikut kebolehan biasanya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran seperti lisan, membaca, dan menulis. Ini membolehkan guru memberi perhatian kepada satu-satu kumpulan murid yang hampir-hampir sama kebolehannya dalam usaha menanamkan satu-satu kemahiran. Guru dapat merancangkan jenis pemeringkatan bahan mengikut kebolehan murid-murid dalam kumpulan berkenaan. 
c) Kumpulan mengikut kebolehan harus dibentuk berdasarkan penilaian guru, sama ada pemerhatian atau ujian. Kebolehan murid-murid berbeza-beza mengikut mata pelajaran serta aspek-aspek tertentu dalam satu-satu mata pelajaran. Kebolehan mereka berubah-ubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, ahli satu-satu kumpulan tidak semestinya sama sepanjang masa. Perhatian diberi kepada individu-individu hendaklah juga dijalankan. 
d) Pada amnya, guru bolehlah membentuk 3 kumpulan: 
- kumpulan cerdas (2 kelompok) 
- kumpulan sederhana (5 kelompok) 
- kumpulan lemah (1 kelompok)
Guru harus menyediakan bahan-bahan yang sesuai dan sewajarnya mengikut kelompok masing-masing.

KUMPULAN MENGIKUT PELBAGAI KEBOLEHAN
a) Kumpulan mengikut pelbagai kebolehan boleh dilakukan setelah murid-murid dapat 
menguasai kemahiran asas. 
b) Melalui kumpulan mengikut pelbagai kebolehan, murid-murid yang cerdas diminta 
membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi dan sosial yang sihat dapat dibina melalui aktiviti-aktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan, simulasi, dan sebagainya. 
c) Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan mengembangkan bakat 
kepimpinan. Perkembangan sahsiah yang sihat dapat juga dibina. Begitu juga halnya dengan pemupukan semangat kerjasama, mengukuhkan sikap bertimbang rasa, bertanggung jawab, bertolak ansur, dan sebagainya. Selain itu, semangat pertandingan yang sihat antara kumpulan juga boleh diadakan.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN KUMPULAN
Berikut diperlihatkan beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian oleh guru sewaktu hendak melaksanakan pengajaran secara berkumpulan : 
a) Murid-murid harus dibiasakan dengan satu rutin atau tatakerja aktiviti kumpulan, iaitu apabila satu-satu aktiviti kumpulan hendak dilaksanakan, murid harus tahu tugas mereka. Misalnya, mengambil alat atau bahan, membahagikan bahan-bahan kepada setiap kumpulan, menjalankan aktiviti, mempersembahkan hasil aktiviti, menyimpan bahan dan alat, mengemas tempat, dan lain-lain. 
b) Guru harus bersedia dan boleh menerima suasana pelajaran yang agak bising yang ditimbulkan oleh murid-murid semasa mereka bersoal jawab.
c) Guru harus dapat menentukan supaya tidak ada murid-murid yang merasa besar diri atau rendah diri berada di dalam sesuatu kumpulan. 
d) Perhatian juga hendaklah diberi kepada individu-individu tertentu walaupun mereka telah ditempatkan dalam kumpulan. 
e) Kerjasama dan pertandingan yang sihat hendaklah diwujudkan dalam kumpulan atau diri setiap individu. 
f) Sebelum menjalankan aktiviti kumpulan, guru hendaklah menyediakan murid-murid dan beri arahan dengan jelas. Guru hendaklah juga menyediakan tajuk-tajuk perbincangan. Setiap aktiviti yang hendak dijalankan hendaklah dirancangkan terlebih dahulu. Pastikan alat-alat dan bahan-bahan yang diperlukan tersedia. 
g) Semasa aktiviti-aktiviti dijalankan, guru hendaklah beredar daripada satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk membimbing dan menggalakkan murid-murid mendapat pengetahuan. Bagi melicinkan pengendalian gerak kerja kumpulan, guru bolehlah melantik beberapa orang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang tugas-tugas tertentu. 
h) Di akhir pengajaran,guru hendaklah membincangkan hasil kerja murid bagi tiap-tiap kumpulan. Ini memberi peluang setiap daripada mereka mengetahui tentang apa yang telah diperoleh oleh kumpulan-kumpulan tersebut. Guru boleh juga mempamerkan hasil kerja murid yang didapati baik. Ini dapat membantu meninggikan keyakinan murid. Di samping itu, mereka juga dapat merasakan diri mereka diberi penghargaan. Kadangkala cara ini dapat juga memberi panduan, galakan, dan dorongan kepada murid-murid lain. 
i) Sebelum pelajaran ditamatkan, guru dan murid perlu membuat rumusan tentang apa yang dipelajari. Selepas itu mereka diminta mengumpul, mengemas, dan menyimpan barang-barang.

PENGAJARAN SECARA INDIVIDU
Pengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa seitap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasn murid. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri. 
 Pengajaran secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya. Pertama ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu. Biasanya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk satu pembelajaran yang lebih berkesan, pengajran bentuk ini tidak menggalakkan jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Pengajaran secara individu ini amat sesuai untuk pengajaran pemulihan. 
 Bentuk kedua yang boleh dilakukan ialah terhadap murid-murid yang maju dalam pembelajaran mereka. Pengajaran secara individu bukan bertujuan untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. Biasanya, murid-murid akan menggunakan kebijaksanaan mereka sendiri untuk belajar tanpa bergantung sangat kepada guru. Hubungan murid dengan guru adalah paling minimal. Segala sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini. 
 Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing, dan untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif mereka pada lain-lain masa. sistem ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara mempelajarinya. Dalam sistem yang lengkap, media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video, dan lain-lain boleh digunakan. Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

PENGAJARAN SECARA KUMPULAN SEBAYA (PEER GROUP)
Pengajaran secara kumpulan sebaya adalah satu lagi cara menyampaikan pelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Ini tidak banyak berbeza dengan cara-cara kumpulan kaedah lain, cuma dalam kaedah ini seorang murid itu diperlukan mengajar atau membimbing rakan-rakannya yang lain. 
 Kelas yang dikendalikan melalui cara ini biasanya mengandungi pelajar-pelajar yang hampir-hampir sama dari semua segi. Mungkin mereka berbeza dari segi kecerdasan. Walau bagaimanapun, dalam banyak hal, seperti umur, minat, kecenderungan, dan kepentingan, mereka adalah serupa. Sama seperti kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar-pelajar dalam kumpulan sebaya digalakkan supaya memberi tunjuk ajar kepada rakan-rakan dan ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Dalam pengajaran bahasa, galakan perlu diberi kepada murid-murid pandai supaya membimbing rakan-rakan mereka yang memerlukan pertolongan dalam membaca dan menulis. 
 Pengajaran secara kumpulan sebaya, menggalakkan murid-murid berinteraksi sesama sendiri secara bebas. Ia memberi peluang kepada mereka belajar, mengkaji, dan menjalankan aktiviti bersama-sama. Cara ini biasanya menggalakkan perkembangan kemahiran-kemahiran interpersonal. Murid-murid diberi peluang untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan-rakan mereka. Selain itu, melalui perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang diadakan, pelajar-pelajar belajar bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati, rakan-rakan lain, dan sebagainya. 
 Dari segi pengajaran, ia tidak banyak membebankan guru. Keadaan murid-murid yang tidak banyak berbeza itu memudahkan guru-guru membuat persediaan. Murid-murid yang pandai pula dapat membantu guru-guru menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid lemah.

PENGAJARAN SECARA KELAS BERCANTUM
Pengajaran secara kelas bercantum biasanya dilakukan dengan menggabungkan dua atau beberapa kelas menjadi satu kumpulan kelas. Murid-murid dalam kelas tersebut tidak mempunyai tahap pencapaian yang sama. Keadaan begini kerap berlaku di sekolah-sekolah rendah yang murid-muridnya terhad kepada bilangan yang amat kecil. Kemungkinan juga ia boleh berlaku jika sesebuah sekolah itu tidak mempunyai cukup guru untuk ditugaskan mengajar kelas-kelas tertentu. 
 Kadangkala pengumpulan murid-murid dalam kelas bercantum tidak perlu mengiktu kumpulan kelas. Mereka boleh dikumpulkan mengikut minat, perbezaan pencapaian, dan sebagianya. mereka diperlukan saling membantu seperti satu pasukan. 
 Pengajaran secara kelas bercantum, biasanya menggunakan kaedah kumpulan, iaitu murid-murid yang berkebolehan dan yang berada di tahap yang lebih kurang sama dikumpulkan bersama. Setiap kumpulan akan diberi tugas dan mereka belajar serentak dalam masa yang sama. 
 Bahan-bahan pengajaran biasanya diperingkatkan mengikut kebolehan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga mungkin berbeza antara kumpulan-kumpulan tersebut. Oleh yang demikian, pengajaran cara ini memerlukan guru-guru yang sanggup bekerja keras, rajin, berdedikasi, dan bertanggung jawab. Mereka juga harus bijak dan boleh menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keadaan sebenar di dalam kelas.

  STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

 
Menurut Kementerian Pelajaran (1983 : 27), strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya sendiri. Mengikut strategi ini, setiap murid akan mengambil bahagian secara aktif di dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen-komponen kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan, dan persekitaran serta kesenian dan rekreasi. 
 Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid. 
 Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Strategi ini memainkan peranan penting dalam proses pengajran dan pembelajaran. Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahiran-kemahiran daripada satu mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran. 
 Bahan-bahan program bahasa diambil daripada bidang Kemanusiaan dan Persekitaran. Unsur-unsur daripada mata pelajaran seperti sains, geografi, sejarah, sivik, kesihatan, seni lukis, dan lain-lain ilmu pengetahuan telah diserapkan menjadi satu mata pelajaran yang diberi nama Alam dan Manusia. 
 Dalam kurikulum baru sekolah rendah, perkara yang ditekankan adalah kepada kemahiran asas. Untuk mencapai kemahiran asas dengan lebih berkesan dan untuk mendapatkan isi ilmu pengetahuan secara tidak langsung melalui kemahiran-kemahiran itu, maka sesuatu pelajaran itu haruslah disampaikan secara terpadu. Dengan berdasarkan program terpadu ini satu pengajaran melalui aktiviti yang menarik dan bermakna dapat diciptakan. 
 Program terpadu mengandungi 2 strategi, iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Program ini bertujuan : 
i. membolehkan murid-murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan lebih 
bermakna 
ii. mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana yang lebih menarik 
iii. menimbulkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan 
iv. kemahiran-kemahiran saling memperkukuh.

PENGGABUNGJALINAN
Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Malaysia bukanlah suatu konsep yang baru. Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhan yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar, bertutur, membaca dan menulis atau sebagainya. Dalam hal ini, guru-guru bahasa sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja memang telah ada menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu. Tetapi apa yang disarankan oleh sukatan pelajaran adalah supaya penggabungan itu dapat dilakukan dengan dengan cara yang lebih sistematik, teratur, dan lebih luas lagi. 
 Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan mengelakkan compartmentalization iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya, ia bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran lebih berkesan. 
 Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada 2 : 
i. Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran 
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.
Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada 4 kemahiran yang sering dijalankan dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran. 
Perlu diingat bahawa susuanan atau cara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui : 
a) Apakah objektif yang hendak dicapai? 
b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan? 
c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan?
Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan.
Contohnya :
Lisan  … membaca … menulis 
Membaca … lisan  … menulis 
Lisan  … membaca … lisan 
Lisan   … menulis … membaca 
    |_____________________________________| 
        | 
      TATABAHASA
 Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya, jika bacaan dan kefahaman menjadi kemahiran fokus maka kemahiran menulis sebagai kemahiran sampingan mengukuhkan kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak ditumpukan kepada kemahiran membaca dan kefahaman.
    (i)  (ii)  (iii) 
 Lisan   45%  10%  30% 
 Membaca  25%  40%  25% 
 Menulis  20%  30%  15% 
 Tatabahasa  10%  20%  30%
 Dalam model (i), kita dapati pengajaran itu menitikberatkan apsek lisan (45%), dalam model (ii), ia menitikberatkan aspek membaca dan kefahaman (40%), dan model (iii) menitikberatkan aspek lisan dan tatabahasa masing-masing diperuntukkan sebanyak 30%. 
 Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik menjadi kemahiran sampingan.
CONTOH :
Tajuk   : Kawan saya. 
Kemahiran Bahasa  : Membaca dan menulis tentang kawan saya. 
Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya. 
Kemahiran Muzik  : Menyanyi lagu ‘Kawan Saya’ untuk mengukuhkan 
     perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan.
 Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran dalam beberapa mata pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu.
Bahasa   : a) Kemahiran lisan (mendengar / bertutur) 
    b) Kemahiran membaca 
    c) Kemahiran menulis
Pendidikan Seni : a) Kemahiran melukis 
    b) Kemahiran mewarna
Pendidikan Muzik : a) Kemahiran menyanyi 
 

PENYERAPAN
Penyerapan adalah strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata-mata pelajaran lain. Dalam tahap (1) misalnya, isi daripada mata pelajaran Alam dan Manusia diserapkan ke dalam bidang kemahiran bahasa. Penyerapa ini boleh dijalankan di dalam mana-mana kemahiran atau aktiviti bahasa. Di samping itu, beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama, Matematik, Pendidikan Jasmani, Muzik, boleh juga diserapkan ke dalam pelajaran bahasa. 
 Biasanya di dalam sesuatu pelajaran bahasa, terutama pada tahap (1), penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Guru mengajar dengan menggunakan isi daripada Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran Bahasa, Pendidikan Seni, dan Muzik. 
 Di dalam rajah di bawah, berlaku penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran bahasa, pendidikan seni, dan muzik serta penerapan Alam dan Manusia.
Mata pelajaran Alam dan Manusia meliputi unsur-unsur geografi, sains, sejarah, sivik, dan kesihatan, dan pengetahuan-pengetahuan lain tentang manusia dan alam sekitarnya. 
 Mata pelajaran Alam dan Manusia tidak diajar secara bersendirian pada tahap (1), tetapi isi kandungan dan kemahiran-kemahiran diserapkan dan dipadukan dalam program bahasa. 
 Pada tahap (2), barulah mata pelajaran itu diajar sebagai satu mata pelajaran yang tersendiri. Strategi penggabungjalinan dan penyerapan digunakan secara meluas bagi menyampaikan pengetahuan-pengetahuan Alam dan Manusia.
  CONTOH PENGGABUNGJALINAN DAN PENYERAPAN YANG 
   BOLEH DILAKUKAN DENGAN KUMPULAN PSR 
    (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)

 
Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia 
Bidang   : Bacaan dan kefahaman 
Tajuk   : Udara dan angin 
Rasional  : Konsep Alam dan Manusia 
i. Apakah keperluan-keperluan manusia 
ii. Bagaimanakah manusia mengubah alam 
iii. Bagaimana alam mengubah manusia
Objektif  : i. Di akhir pelajaran murid-murid dapat menyatakan isi 
       pelajaran dengan baik. 
              ii. Murid dapat menjawab soalan-soalan yang diesdiakan 
              iii. Murid dapat membaca dengan baik(intonasi dan sebutan)
Kemahiran Bahasa : i. Lisan (mendengar dan bertutur) 
              ii. Membaca 
             iii. Menulis
Bahasa Alat  : i. Petikan ‘Udara dan Angin’ 
              ii. Kad perkataan, kad cantuman, dan lain-lain
Penggabungjalinan : i. Kemahiran bahasa 
              ii. Kemahiran pendidikan seni 
             iii. Kemahiran muzik
Penyerapan  : i. Isi mata pelajaran sains 
               ii. Isi mata pelajaran sejarah 
             iii. Isi mata pelajaran geografi 
             iv. Isi mata pelajaran kesihatan
Langkah-langkah penyampaian : 
i. Set induksi 
ii. Langkah-langkah perkembangan isi 
iii. Aktiviti guru dan murid 
iv. Pendekatan, kaedah, dan teknik 
v. Penilaian
Huraian Petikan ‘Angin dan Udara’ 
i. Sains (konsep) 
Udara ada di sekeliling kita 
- Bukti-bukti adanya udara 
- Angin ialah udara yang bergerak 
- Angin boleh : 
? menyejukkan benda 
? menggerakkan benda 
? mengeringkan benda 
? membesarkan api dan ombak 
? merosakkan benda
ii. Manusia (keperluan) 
? Ingin sejuk (kipas) 
? Ingin bergerak (layar) 
? Ingin mengeringkan (kipas) 
? Ingin membesarkan api (kipas) 
? Ingin terpelihara daripada ribut (lari atau berlindung)
iii. Geografi (cuaca) 
? Dalam udara ada air 
? Wap air jadi embun, kabus, awan 
? Awan jadi hujan 
? Angin bawa sejuk dan panas 
? Angin kuat merbahaya 
? Arah tiupan angin
iv. Sejarah 
? Kenderaan dan layar 
? Kipas 
? Lawatan ke bulan 
? Tenaga angin 
? Alat-alat penyejuk, pengering, dan lain-lain yang digunakan dahulu dan sekarang
v. Kesihatan (bersih dan kotor) 
? Udara bersih dan pernafasan 
? Pencemaran udara (debu, kuman, dan bahn-bahan kimia) 
? Udara barsih dan tumbuh-tumbuhan 
? Kesan udara ke atas badan manusia
vi. Muzik (nyanyian) 
? Menyanyikan lagu tentang udara dan angin
vii. Lukisan 
? Melukis gambar yang menunjukkan manusia menggunakan kuasa angin untuk 
memenuhi keperluannya (misalnya kipas, kapal terbang, kapal layar, dll)
viii. Drama 
? Melakonkan cerita ‘Angin dan Udara’ 
PENGGABUNGJALINAN PADA PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH 
Penggabungjalinan bererti menggabungjalinkan beberapa aspek bahasa seperti lisan, bacaan, dan penulisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pengagihan gerak kerja yang menitikberatkan kemahiran tertentu itu, sama ada lisan, membaca, atau menulis, bergantung kepada matlamat semerta. Guru boleh menggunakan kebijaksanaannya, sesuai dengan masa dan sifat-sifat khusus pelajar-pelajar di dalam kelas. 
 Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malayisa, pengagihan kemahiran- 
kemahiran di dalamnya boleh dibuat seperti berikut :
         I          II         III 
 Lisan      30%        10%        40% 
 Bacaan      20%        40%        15% 
 Penulisan      35%        20%        40% 
 Tatabahasa      15%        30%          5% 
 Jumlah     100%       100%       100%
Pada peringkat menengah atas, pengajaran bahasa haruslah menitikberatkan penggunaan bahasa sejajar dengan matlamat sukatan pelajaran di mana bahasa Malaysia digunakan sebagai alat komunikasi.latihan tatabahasa adalah melalui penggunaannya dalam situasi atau konteks yang tertentu. Jika didapati penguasaan tatabahasa pelajar itu lemah, masa yang dikhaskan bolehlah diuntukkan bagi pelajaran itu secara mendalam. Walau bagaimanapun, pelajaran tatabahasa itu mestilah mentikberatkan penggunaannya dan bukan semata-mata tentang pengetahuan dan fungsi tatabahasa itu sahaja. Dalam pendekatan ini, tatabahasa diajar secara ‘incidental’ dan dikuasai oleh pelajar-pelajar secara bersahaja, iaitu melalui penggunaannya. 
Daripada penjelasa di atas tadi, dicadangkan pula beberapa model pelajaran bahasa berdasarkan konsep penggabungjalinan. Penggabungjalinan ini boleh dijalankan dalam satu waktu atau lebih.
Model (I) :  Bacaan ? lisan ? penulisan 
               |_______| 
           | 
   tatabahasa
Contohnya : 
Bacaan   Membaca senyap
Lisan   Latihan kefahaman 
   Latihan bahasa dan tatabahasa 
   Memberi komen atau kritik
Gerak kerja bertulis Latihan kefahaman 
   Latihan tatabahasa 
   Latihan meringkas
Model (ii)  Lisan ? penulisan 
              | 
       tatabahasa
Lisan   Mendengar dan memahami sebahagian daripada petikan perbualan 
   Murid berlakon
Penulisan  Menuliskan karangan 
 
Model (iii)  Lisan ? bacaan ? penulisan 
    |________| 
            | 
    tatabahasa
Contohnya : 
Lisan   Bersoal jawab atau berbincang tentang bacaan 
   Mendengar petikan pita rakaman 
   Mendengar bacaan murid dan guru
Bacaan   Murid-murid membaca senyap petikan
Lisan   Latihan kefahaman 
   Latihan perbendaharaan kata dan tatabahasa
Penulisan  Latihan menjawab soalan-soalan kefahaman berdasarkan isi, 
   tatabahasa, dan latihan-latihan bahasa yang lain. Latihan menulis 
   sama ada karangan, berita, laporan, dan sebagainya. 
 
Model (iv)  Bacaan ? lisan ? penulisan ? lisan 
      |_________________| 
            | 
     tatabahasa
Contoh : 
Bacaan   Murid membaca senyap
Lisan    Latihan kefahaman – tatabahasa dan latihan perbualan atau 
   perbincangan. Latihan bahasa – bercerita dan mengkritik.
Penulisan  Menyediakan isi untuk forum, ceramah, syarahan, wawancara, 
   dan sebagainya
Lisan   Berbahas, berceramah, bersyarah, dll.
Model (v)  Lisan ? penulisan ? lisan 
    |__________| 
              | 
    tatabahasa
Contoh : 
Lisan   Mendengar dan memahami melalui pita rakaman
Penulisan  Mencatat isi-isi penting
Lisan   Memberi ceramah dan bersoal jawab 

·  biodata
·  senarai kursus
·  penilaian kursus
·  soalan ulangkaji

upm 

1
Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
· Konsep
· Objektif
· Proses dan Bentuk
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar
dan Bertutur:
· konsep
· objektif
· proses dan bentuk
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur, Membaca
dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek
asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal ini demikian kerana murid-murid
yang menguasai  kemahiran mendengar dan bertutur  dengan baik biasanya berpotensi
cenderung  menguasai kemahiran membaca dan menulis  dengan lebih baik. Kemahiran
mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat
dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur  yang baik
membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya  dengan berkesan. Ini
bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi
kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur
dengan baik akan membantunya dalam proses membaca dan menulis.
Hasil Pembelajaran
Pada akhir unit ini, anda seha rusnya dapat:
1. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;
2. mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur;
3. menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar  dan
kemahiran bertutur;
4. menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan
yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar  dan
kemahiran bertutur; dan
5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur.2
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky
(Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)
KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGAR
Menetapkan
Matlamat
Menulis
Objektif
Membentuk
ujian
Membentuk
aktiviti
pengajaran
Memilih Media
Pengajaran
Melaksanakan
Pengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri
Pelajar
Menyemak Pengajaran3
Definisi Konsep
Kemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapa orang
bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupun pendapat
dalam percakapan dan perbualan.  Dalam apa-apapun keadaan, di mana atau bagaimana
proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar dan menerima, yakni
memberi gerak balas @ respon tertentu.  Ini bermakna dalam proses lisan itu, komponan
kemahiran mendengar dan bertutur  yang tidak kurang pentingnya.   Dalam konteks ini,
kemahiran mendengar ialah  proses  yang melibatkan aktiviti  pemerolehan mesej atau
maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkan proses menjana dan menghasilkan
penghasilan maklumat. 
Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat penting dalam
kehidupan seharian.  Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahami dan
memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi.  Begitu juga, seorang
penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepat dan
berkesan dalam interaksi tersebut.
Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan Pelajaran
Dalam  Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskan
pengajaran dan pembe lajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan:
(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan
sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;
(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan-rakan, guru,
ibu bapa dan sebagai nya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain.
Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangan subkemahiran
kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai oleh murid, antara lain
menguasai kemahiran:
(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa
melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang
diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi
berkenaan.4
(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain
mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara
berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah – untuk
diri sendiri dan orang lain;
(c) menyampaikan ucapan bertatasusila  – meliputi kemahiran melafazkan ucapan
bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;
(d) bersoal jawab  – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan
memperoleh maklumat tertentu;
(e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti –
ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak;
(f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan melaporkan sama
ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat;
(g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dan
syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri,
nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;
(h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid mempersembahkan
keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut
nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara
hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan
(i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan
menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan
nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks.  Semasa bertutur,
seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur  prosodi
(intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasa isyarat dan
pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk
mengeluarkan bunyi bahasa  yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses
mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balas tertentu
mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan
mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuan  menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
dengan menggunakan unsur-unsur prosidi dan melaksanakan proses mental – mendengar
dan membaca secara berkesan.5
Konsep Pertuturan
(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan.
Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];
(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar
dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;
(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan
otaknya;
(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap
sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan
(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada
aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.
Aspek-Aspek Pertuturan
(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan
setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid-murid
diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat
mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya
melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan
makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan
/sǝmak/ dan seumpamanya;
(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan 
memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu
bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;
(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam
bahasa Arab disebut  ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa
Melayu;
(d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian  – memisahkan
elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda
digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini
digunakan. Misalnya ungkapan,  ‘jangan tembak,’ jika  tidak  menggunakan jeda
bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, 
‘jangan/tembak,’ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan
tembakkan!6
(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau
menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar
berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai
intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung
ayat.
(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika
sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re,
Mi, Fa, So, La, Ti  dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian
dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina,
kewujudannya lebih jelas.
(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan
tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksis
dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan
berbanding  dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh
kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek
tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;
(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur
dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi
dan ditentukan  oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan
murid-murid.
(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan
baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut
perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;
(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran muridmurid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu
berlainan.  Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi
secara berkesan.
Objektif Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid: 
(a) menyebut dengan jelas;
(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;
(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian  dengan tepat;7
(d) memberi penerangan dan al asan;
(e) menunjuk arah;
(f) membina soalan untuk mencari maklumat;
(g) bertemu ramah;
(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;
(i) bertutur secara bertatasusila; dan
(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.
Proses dan Bentukya:
Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:
(a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan;
(b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;
(c) Membina soalan berdasarkan bahan;
(d) Memberi arahan kepada rakan;
(e) Menerangkan gambar dan ba han grafik;
(f) Berbual melalui telefon;
(g) Bercerita berdasarkan  cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;
(h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab
soalan yang diajukan;
(i) Permainan komunikatif;
(j) Mengadakan perbahasan;
(k) Perbincangan forum;
(l) Memberi taklimat dan ceramah;
(m) Main peranan;
(n) Simulasi;
(o) Teater bercerita; dan
(p) Drama
Kemahiran Mendengar
Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apa
masalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yang serius?
Hakikatnya kemahiran  mendengar merupakan kemahiran utama dan pertama yang perlu
dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkan perkataan atau bunyi awal
tertentu dalam proses belajar berkomunikasi atau bercakap. Tentu sekali sebelum kanakkanak ini boleh berkomunikasi atau bercakap,  ia  telah terlebih dahulu terdedah kepada
berbagai-bagai bunyi bahasa dan bukan bahasa.  Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa
berkomunikasi dengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa  – memperoleh, mempelajari, 8
mengajuk dan meniru  daripada apa yang didengar dan dialaminya daripada orang-orang
yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk,  mencuba dan  mengungkapkan
perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatu perkataan itu tekal dalam ingatan
dan dapat digunakan dalam konteks maknanya yang sebenar. Justeru,  alam persekitaran 
merupakan model  penting pembelajaran bahasa dalam kalangan  kanak-kanak ini.   Ini
bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,
cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengar  yang baik
mengikut standard tertentu.
Mengapa kemahiran mendengar perlu?
Kemahiran mendengar  merupakan kemahiran menerima menaakul dan memproses
maklumat dalam komunikasi secara lisan.  Di sekolah, murid-murid perlu mendengar untuk
menerima dan memahami idea yang disampaikan dalam perbualan, perbincangan, dialog,
mesyuarat dan penjelasan dalam  proses  pengajaran guru. Manakala dalam kehidupan
harian pula,  aktiviti  mendengar sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan,
perbincangan dan mesyuarat); untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem),
memperoleh  maklumat (pengajaran guru, berita di radio dan televisyen)  serta pernyataan
perasaan  dan apresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).
Proses Mendengar
Umumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan dan penerimaan
mesej.  Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementara p roses yang kedua berlaku
melalui pendengaran.   Terdapat pernyataan bahawa dalam pengajaran bahasa, aspek
pendengaran amat kurang diberi perhatian oleh guru.  Proses mendengar biasanya berlaku
secara berperingkat. Empat peringkat proses mendengar:
(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;
(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;
(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan
(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.9
Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapan terhadap
gabungan bunyi-bunyi bahasa yang  didengarinya itu.  Kemudian pendengar itu akan
menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan makna berasaskan pengetahuan dan
pengalamannya.  Proses menanggap bunyi dan mentafsir makna sesuatu sebutan berlaku
secara serentak berdasarkan pengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. 
Akhirnya, bunyi bermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan
digunakan sebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannya
kepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut. 
Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang
baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana. Justeru,
anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiran bahasa yang pasif tidak boleh
diterima. Ini kerana mendengar merupakan proses yang kompleks melibatkan proses
mendengar, memahami, menghurai dan menilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu
gerak balas yang sewajarnya dapat dilakukan.
Objektif mengajar kemahiran mendengar
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
(a) memperoleh idea;
(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,
(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan
(h) mengesan  ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda,
iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang
terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.
Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:
Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang paling asas dalam
kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan.  Seseorang  kanak-kanak @
murid yang telah menguasai kemahiran mendengar, dia  seharusnya  dapat mendengar
dengan baik apa sahaja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya dan boleh pula
memahami @ maksud; boleh mentafsir apa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat. 10
Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi  
dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar,
bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awal pengajaran bahasa sebelum
kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini,
aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:
(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;
(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;
(c) berlaku melalui latihan-latihan khas  secara berperingkat-peringkat; dan
(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.
Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?
Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antara lain proses
mendengar:
(a) secara pasif;
(b) secara bertelau-telau;
(c) tanpa tindak balas;
(d) secara menebuk-nebuk;
(e) dengan beremosi;
(f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan
(g) secara kritikal.
Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar
(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan
dingati;
(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat;
(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding
daripada kecerdasan otaknya;
(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran
seseorang;
(e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;
(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;
(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;
(h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzi k, aspek 
kesusasteraan dan aspek seni serta estatika;  dan
(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara
kritis terhadap bentuk dan isi.11
Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan
murid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyibunyi bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa
tersebut, supaya  mereka  boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian dengan
mesej yang diterima itu.
Latihan
1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa 
lisan?
2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal 12
Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
· Peringkat Penguasaan
· Unsur dan Faktor Keberkesanan
· Prinsip Pengajaran
Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas Kemahiran Mendengar
dan Bertutur:
· Peringkat Penguasaan
· Unsur dan Faktor Keberkesanan
· Prinsip Pengajaran
Aspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur, Membaca
dan Menulis.  Telah  ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspek kemahiran lisan perlu
diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebih dahulu perlu menguasai
kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebih  dahulu sebelum  kemahiran
berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan, seseorang guru perlu
menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluan mengajar kemahiran
berbahasa: mendengar dan bertutur perlu  diajar  secara berperingkat, selain menyedari
terdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik
pengajaran kemahiran-kemahiran  bahasa. 13
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Peringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur
(a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham)
Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman
mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan
mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengar kan
hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model
dalam kalangan murid-murid berkenaan.
(b) Penghasilan Semula (bertindak balas)
Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara
pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan
ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.
Peringkat –Peringkat Kemahiran Bertutur
Untuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dan dapat
mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai mengikut
situasi perhubungan di sekolah dan dalam  kalangan masyarakat. Hal ini menegaskan
betapa perlunya  kemahiran bertutur itu perlu dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni
peringkat awalnya melibatkan pertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah
sehinggalah murid boleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah.  Dengan
demikian, pengelompokan  pengajaran  kemahiran bertutur  dapat diklasifikasi mengikut
peringkat:  peringkat awal, pertengahan dan maju.
Menetapkan
Matlamat
Menulis
Objektif
Membentuk
ujian
Membentuk
aktiviti
pengajaran
Memilih Media
Pengajaran
Melaksanakan
Pengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri
Pelajar
Menyemak Pengajaran14
Peringkat awal
(a) Melafazkan pengucapan bert atasusila;
(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;
(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;
(d) Membuat teguran atau  kenyataan mengenai sesuatu situasi;
(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;
(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;
(g) Memberi arahan;
(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu  dan bapa; dan
(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.
Peringkat pertengahan
(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;
(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;
(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;
(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;
(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi
seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;
(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;
(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;
(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;
(i) Memberi komen secara mudah; dan
(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
Peringkat maju
(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses
dan sebagainya;
(b) Bercerita dengan me nggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;
(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;
(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;
(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;
(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;
(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);
(h) Mengambil  bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan
lain-lain;
(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;
(j) Mendeklamsi puisi;15
(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan
(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya.
Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara
berperingkat  - peringkat.   Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi
tahap penguasaan kemahiran bertutur  dalam kalangan murid-murid.
Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisan
Terdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,
(a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan
keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses
maklumat  - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa;
(b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap
dan keupayaan berbahasa dalam  kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau
sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa,
bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;
(c) Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang
berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: 
lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyibunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan.
Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota
badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian
kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan;
(d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yanag melibatkan dalam kalangan ahli keluarga
ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi
petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi
akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak
fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan  masyarakat petani dan nelayan
mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan
membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar;
(e) Jantina: Faktor  yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak
perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan 16
perkembangan kanak-kanak lelaki.   Hal ini demikian kerana urat  saraf pertuturan
dalam kalangan kanak-kanak  perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding
kanak-kanak lelaki; dan
(f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh
lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses
pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada
bahasa ibundanya.
Prinsip pengajaran kemahiran mendengar
(a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa ber tutur,
membaca dan menulis;
(b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik
dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembel ajaran yang melibatkan
kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menj urus kepada
sesuatu aktiviti tertentu;
(c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan
disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan
diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai  diberi peluang sebaik-baiknya
memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid
boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing-masing melalui
aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;
(d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,
didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat
kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkaraperkara yang lebih sukar dan seumpamanya. 
(e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga
begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses
berkenaan;
(f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan
mendengar dalam kalangan  kanak-kanak;
(g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih
kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau
melalui daya insiatif murid sendiri.17
Tajuk 3
Kemahiran Mendengar dan Bertutur
· Kaedah
· Teknik Pengajaran
Sinopsis
Tajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiran
mendengar dan bertutur dalam  bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umum
dihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif,
yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiran mendengar dan
bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapa kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaran pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur dalam bilik darjah.
Hasil Pembelajaran
Menghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran.
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran Bertutur
Pemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti sangat penting
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.  Bagi tujuan menentukan
Menetapkan
Matlamat
Menulis
Objektif
Membentuk
ujian
Membentuk
aktiviti
pengajaran
Memilih Media
Pengajaran
Melaksanakan
Pengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri
Pelajar
Menyemak Pengajaran18
kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah, ada
baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspek pendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar
dan bertutur) dalam bilik darjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa  pengajaran
kemahiran lisan  (kemahiran mendengar dan bertutur),  perlu dilakukan serentak, berurutan
dan menyaling.   Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenai kemahiran
yang hendak diajar dalam bilik darjah  – merancang dan memilih aktiviti yang sesuai
mengenainya. Dengan berbuat demikian guru boleh menentukan fokus  utama
pengajarannya sama ada menguasai  menguasai kemahiran mendengar atau bertutur. 
Paling penting semasa mengajar aktiviti mendengar, guru sebenarnya juga mengajar
kemahiran bertutur. Sehubungan dengannya,  tidak terdapat perbezaan  yang jelas  antara
strategi pengajaran mendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap
kali meliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.
Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bertutur
Modul ini  akan  hanya   membincangkan dua  jenis  pendekatan sahaja,  pendekatan situasi
dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua  jenis pendekatan ini amat  berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (bertutur dan mendengar)
dalam bilik darjah
(a) Pendekatan Situasi
Pendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran  yang  diperkenalkan oleh
Mackey (1965),  antara lain menegaskan bahawa pernyataan lisan itu merangkumi semua
unsur kefahaman mendengar dan penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam
pola, nada dan intonasi tertentu.  Pernyataan lisan ini juga  meliputi aspek pemilihan katakata dan unsur-unsur infleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga maknamakna yang betul  mengenainya.  Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teori
struktural dan teori pembelajaran behaviouris yang  beranggapan bahawa untuk
membolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur), terlebih dahulu
beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebih dahulu. Antara lain, menguasai
kemahiran membuat tanggapan, mengingat, membunyikan perkataan  dan  juga aspek
struktur bahasa  berkenaan.  Hal ini demikian  kerana  melaluinya aspek  penggunaan dan
penguasaan bahasa secara lisan  dapat diperbaik dari semasa ke semasa.  Dengan
demikian, pendekatan situasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:
(a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul
supaya ger ak balas itu diulangi lagi;19
(b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang
digunakan oleh masyarakat;
(c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat
memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta
dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;
(d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk
mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini
diajar pada peringkat lanjutan, iaitu setelah murid  menguasai bahasa tulisan,
keupayaan murid-murid  bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan
terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan
bahasa yang salah;
(e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid-murid
dalam latihan bertutur;
(f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza.  Apabila murid-murid
mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan
sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik.  Sebaliknya, guru perlu
memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat
pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka
pelajari itu;
(g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka
akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru.  Oleh itu, guru perlu
melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang
betul.
Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkan pengetahuan
kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepada penggunaan dalam kehidupan
seharian.   Hal ini demikian  kerana guru biasanya begitu menentukan bahasa yang perlu
dihasilkan oleh murid-murid.  Tujuannya, guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa
untuk digunakan  dalam  situasi tertentu.   Maka,  sebenarnya  pembelajaran bahasa  perlu
berdasarkan kepada pengalaman yang  sedia  ada  dalam kalangan murid-murid dalam
kehidupan harian mereka.  Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktor luaran,
misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untuk menguasai kecekapan
bahasa mereka secara bersendirian.  Ini bermakna murid tidak mampu memindahkan
kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah
untuk digunakan dalam situasi penggunaan bahasa yang sebenarnya  dalam kalangan
masyarakat.20
(b) Pendekatan Komunikatif
Pendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yang terdapat dalam
pendekatan situasi.   Melalui pendekatan ini, penguasaan kemahiran bertutur bukan sahaja
meliputi penguasaan kemahiran kecil untuk menanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi
dan struktur dalam sesuatu bahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk
menggunakan unsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksi
bahasa.   Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiran bertutur
merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang terkandung dalam
kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasi dalam sesuatu interaksi atau
komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiran bertutur itu bukan sahaja meliputi
kecekapan bahasa tetapi juga kecekapan berkomunikasi, pendekatan komunikatif
mencadangkan bahawa pengajaran bertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
(a) Kemahiran bertutur melibatkan  murid menguasai  kecekapan berbahasa dan
menggunakannya  dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya.   Dengan
demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;
(b) Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka.  Justeru,
komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif  dalam proses
pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah;
(c) Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif.   Sehubungan
dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak
formal  dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur.
Dengan demikian,  murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi
yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut.  Pendedahan yang begini dapat
melatih murid memikir dan menggunakan berbagai -bagai bentuk bahasa, bentuk
paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih
berkesan;
(d) Guru perlu membentuk hubungan yang positif  antara dan dalam kalangan murid
dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang  boleh
mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan
(e) Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempun yai
pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan.   Dengan
demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu
melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan
rakaman menjadi semakin perlu.21
Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasa  dalam
pertuturan.  Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubi supaya murid dapat
menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul. Contohnya, menyebut sesuatu dialog
atau karangan lisan sebagaimana berikut.
Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?
Kakitangan pos : “Pak cik”?
Wanita : (terdiam)
Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pak cik?
Wanita : Maafkan saya.  Tetapi bapa saudara saya yang bongsu
baru  berumur 30 tahun.  Dia pak cik saya.
Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik.  Saya berkahwin pun
belum.
Sebenarnya, terdapat persamaan  pendekatan situasi dan komunikatif dalam pengajaran
kemahiran  bertutur.  Kedua-dua pendekatan ini menggambarkan dalam pengajaran
kemahiran  bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsurbunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulu sebelum  menyuruh murid melaksanakan
sesuatu aktiviti melibatkan kemahiran  bertutur.   Tanpa latihan daripada guru, murid-murid
tidak akan dapat  menguasai kemahiran  bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa
yang tepat dan berkesan.
Kaedah Pengajaran Kemahiran Bertutur
Telah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapat diajar melalui
dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkan penyebutan unsur-unsur
bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa); manakala pendekatan komunikatif
mengutamakan kecekapan komunikatif, iaitu ketepatan penggunaan bahasa mengikut
konteks penggunaannya dalam interaksi pertuturan.  Berikut merupakan kaedah pengajaran
yang  dicadangkan berdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan
komunikatif.
Kaedah Terus
Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara
mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam
perbualan tersebut.   Hal ini berlaku sebagaimana  kanak-kanak belajar bahasa ibunda 22
mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru  dan mengulangi perlakuan bahasa yang
mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman  dalam berbahasa. 
Pengajaran  bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yang ketara, antara
lain:
(a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks
penggunaan bahasa tersebut;
(b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan
menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran,
lakonan, gerak laku dan lain-lain;
(c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;
(d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari
secara induktif, dan
(e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan
intonasi yang betul.
Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlah ditetapkan
seperti berikut:
(a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang
mengandungi ayat-ayat yang sempurna.
(b) Murid  dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.
(c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai
sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada
pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.
Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan bai k .  Mereka
juga terlibat secara aktif dalam pertuturan.  Kaedah ini dianggap  berjaya, jika murid dapat
mempraktik atau mengguna kan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah.
Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya.  Bahan-bahan pengajaran
yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yang boleh dihafaz ataupun
bahan perbualan yang telah ditetapkan.  Bahan-bahan seperti ini mungkin tidak sesuai
digunakan dalam situasi perbualan yang lazim digunakan dalam sesuatu masyarakat.23
Kaedah Fonetik atau Kaedah Linguistik
Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa
dalam konteksnya daripada  keperluan  menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun
menghuraikan ayat-ayat secara pencilan.   Sehubungan dengannya,  guru  terlebih dahulu,
perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu
dikuasai  sebaik-baiknya  oleh murid sebelum  mereka dibenarkan membaca bahan dalam
konteks bahasa yang dipelajari itu.  Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih
dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika
memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi
daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu:
coffee - kopi
school - sekolah
radio - radio
bicycle - basikal
biscuit - biskut
Manakala pemilihan ayat -ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga.
Subjek Kata kerja Objek
Saya
I
pergi
go
ke sekolah.
to school.
Dia
He
minum
drinks
susu.
milk.
Dengan demikian  murid boleh memahami  dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan
menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut:
(a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;
(b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;
(c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan
(d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.24
Kaedah Audio-Lingual
Kaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman  bagi tujuan memudahkan murid
menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutur secara intensif.  Kaedah pengajaran
ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:
(a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;
(b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;
(c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan
bahasa;
(d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan
(e) Bahasa berbeza anta ra satu sama lain.
Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan.  Kaedah ini juga
beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertutur merupakan proses untuk membentuk
kelaziman pertuturan murid.   Dengan demikian, kaedah ini  mengutamakan penggunaan
bahasa,  justeru bahan sama ada  yang digunakan atau  diperdengarkan  perlu mengambil
contoh bahasa yang dipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan.   Pun demikian,
unsur-unsur bahasa asing  yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secara
intensif  supaya murid dapat membiasakan  dirinya  dengan  kemahiran  bahasa  berkenaan
dengan lebih mudah.   Di samping itu, kaedah ini juga membolehkan murid memahami
kebudayaan asing melalui amalan bahasa,  iaitu melalui kemahiran bertutur. Untuk
memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guru boleh mengatur langkah-langkah
pengajarannya seperti berikut:
(a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;
(b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;
(c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan
(d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus
ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.
Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur.  Kaedah ini
juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana  mereka suka meniru dan menghafaz. 
Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakan bahasa dalam konteks yang
sebenar kerana situasi penggunaan bahasa tersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang
dihafaz. 25
Kaedah Komunikatif
Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori interaksi. 
Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:
(a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. 
Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa
dan komunikatif.
(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka
dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.   Dalam
pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang
bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang
saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur
bahasa yang diajar.
(c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan
bukan secara ayat pencilan.  Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan,
ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.
(d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan
penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya.  Dengan kata lain, pengajaran
kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau  latih amal
unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan
unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.
(e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa
juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan.  Mereka melakukannya semasa
mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.
Kesimpulannya dalam  proses  pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini
bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan
menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks
penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. 
Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur
Kaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancang prosedur atau cara
untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilik darjah.  Apabila seseorang guru
memilih dan menentukan  langkah-langkah pengajaran, cara penyampaian  isi kandungan
pelajaran dan bahan bantu mengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih 26
dan menentukan teknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan
kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru boleh menggabungkan
beberapa teknik pengajaran  sesuai sebagai strategi pengajaran  kemahiran bahasa yang
dipercayainya paling berkesan.
Sebenarnya, terdapat  banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang boleh digunakan
oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dan tepat.  Antara lain ialah
teknik:
(a) Latih tubi; (b) Bercerita;
(c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara
(e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat
(g) Main peranan dan si mulasi; (h) Sumbang saran
(i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita
(k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi
(m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk cara
Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas,
dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai  buat rujukan
mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi
setiap teknik tersebut.   Buatlah catatan nota  dan peta minda yang
sesuai bagi setiap teknik berkenaan. 
Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur
Teknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran. 
Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang boleh dijalankan semasa  prose
mengajar kemahiran bertutur  dalam bilik darjah.   Walau bagaimanapun, modul ini hanya
membincangkan beberapa contoh aktiviti  yang sering digunakan oleh guru di dalam bilik
darjah.27
Latih Tubi Sebutan
Latih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyi bahasa, sebutan
dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yang akan ditiru dan dihafaz oleh
murid. 
Latih tubi penyebutan  bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonem dalam
perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasangan minimal yang boleh
menghasilkan makna yang ber beza.
Latih tubi pemintal lidah bertujuan untuk  melatih murid-murid menyebut sesuatu bunyi itu
dengan betul dan tepat.  Biasanya latih tubi jenis ini mengandungi bunyi-bunyi yang menjadi
masalah kepada murid. Misalnya, kelemahan  menyeb ut fonem /p/
- Pandang pandan tepi pagar depan padang.
- Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.
Bola.
Ali menendang bola.
Ali menendang bola di padang.
daki  - laki tari - lari malu - balu
Murid-murid, ikut 
cikgu sebut.
Bola. Ali menendang
bola. Ali ….28
Nyanyian
Seni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid.  Aktiviti
nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertutur kerana menyanyi
memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak dan nada yang tertentu.
Selamat datang.
Sila masuk ke dalam.
Mari kita duduk.
Apa khabar sekarang.
Sudilah minum.
Janganlah segan-segan.
Minum air kopi.
Makan kuih di pinggan.
Latihan Pandang dan Sebut
Gambar-gambar boleh digunakan  sebagai bahan rangsangan untuk menghasilkan
pertuturan.  Latihan pandang dan sebut  merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan
gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan.  Di samping itu, kad imbasan
bergambar, carta bergambar, bahagian filem dan slaid sering juga digunakan.
i. Pak Abu seorang petani.
ii. Dia bekerja di sawah.
iii. Dia menggunakan kerbau
untuk membajak tanah.29
Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam
kalangan murid muurid Tahun 4.
Karangan Lisan
Karangan ini  disampaikan dalam  bentuk lisan,  dihasilkan oleh murid-murid berdasarkan
bahan yang diberi oleh guru.  Bahan tersebut  menjadi bahan rangsangan kepada murid
untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagi tujuan memperoleh bahan untuk menulis
karangan bebas.
Latihan bersoal jawab merupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca
ataupun senarai gambar yang disediakan.  Dalam latihan ini, murid-murid dikehendaki
menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.
Dalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji.  Kemudian, muridmurid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula dengan menggunakan perkataan
mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan: mendengar dan bertutur jauh lebih
penting daripada menghasilkan karangan bertulis.
Memproses Maklumat
Aktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima.   Umumnya, murid-murid
mempunyai jurang maklumat.   Dalam hal ini komunikasi wujud kerana timbul keperluan 30
untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalam kumpulan bagi  tujuan
menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan. 
Contoh:
Interaksi Sosial
Aktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai  dalam  konteks sosial/situasi 
tertentu,  dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan, perbincangan, simulasi dan
lakonan.  Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dari peringkat mudah kepada peringkat yang
lebih mencabar.
Contoh:   Lakonan Terkawal
Murid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel.  Anda berjumpa penyambut
tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak. 
Tanyakan harga bilik itu.  Beritahu berapa malam anda akan bermalam di
situ.  Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda.
Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan
pekerjanya yang peramah.  Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilik
Senarai barang yang diberi oleh
guru.
· Khemah
· Lampu picit
· Makanan kering
· Makanan basah
· Alat memasak
· Pakaian
· Baldi
· Alat menjahit
· Pisau
· Kapak
· Bantal
· Selimut
· Air
· Susu tin
· Cangkul
· Surat khabar
· Radio
· Mancis api
Murid diminta  berimaginasi bahawa mereka
akan pergi berkhemah di bukit selama tiga
hari.  Tiap-tiap seorang hanya boleh
membawa barangan seberat tidak melebihi
20 kilogram.  Kumpulan mesti mengambil
keputusan apa yang paling perlu mereka
bawa dari senarai yang diberi oleh guru. 
Mereka juga dikehendaki memberi alasan
mengapa mereka membuat keputusan
begitu.31
untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang.  Harga bilik untuk seorang
ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam.  Di
belakang hotel ada tempat letak kereta.  Hotel anda juga menyediakan
sarapan pagi bagi pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001)
Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut:
(a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut;
(b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku
(c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang
terdapat dalam gambar ini.
Rumusan
Perhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat.  Dalam proses  pengajaran dan
pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlah bersendirian atau terpisah sifatnya malahan
ia kelihatan berinteraksi, selaras dan menyaling.  Oleh itu, perancangan yang baik dan
lengkap untuk menggunakan unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang
bermutu serta pembelajaran yang berkesan.32
Tajuk 4 Kemahiran Mendengar dan Bertutur
· Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan Bertutur
· Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti
· Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran
Sinopsis
Rancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi set pengetahuan
lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajaran kemahiran mendengar dan
bertutur dalam bilik darjah. Antara lain Rancangan Pengajaran Mingguan/Harian guru sedikit
banyak mengandungi keterangan mengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa
dan selepas pelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan dengan
pembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asas mengenainya perlu
dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran guru dapat dipertahankan.
Hasil Pembelajaran
1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran
kemahiran mendengar dan bertutur; dan
2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran
mendengar dan bertutur;
Kerangka Konsep
Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
Menetapkan
Matlamat
Menulis
Objektif
Membentuk
ujian
Membentuk
aktiviti
pengajaran
Memilih Media
Pengajaran
Melaksanaka
n Pengajaran
Meneliti
Semula Teks
Menganalisis
Ciri-Ciri
Pelajar
Menyemak Pengajaran33
Penyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur:
Komponan Persediaan Mengajar
Persediaan Penyampaian Penutup
Maklumat Am Set Induksi Kesimpulan
Pengetahuan Sedia Ada Perkembangan Penilaian
Objektif Pengajaran i. Kemahiran Peneguhan Tugasan
Isi Pelajaran ii. Kemahiran
menerangkan Ilustrasi
Ulasan Kendiri
iii. Kemahiran
Menggunakan Papan
Tulis
iv. Kemahiran Variasi
Rangsangan
v. Kemahiran Menyoal
Menulis Ranca ngan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
Menyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur  penting,
sebagaimana pentingnya guru menyediakan  rancangan mengajar  kemahiran berbahasa
yang lain.  Cuma, berbanding dengan kemahiran membaca dan menulis, kemahiran
mendengar dan bertutur merupakan asas kepada penguasaan kemahiran berbahasa yang
berikutnya. Justeru, dalam usaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan
aktiviti  pengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlu
menentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspek pengetahuan
(menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali) kemahiran intelek (menjelaskan,
menggunakan dan  menyelesaikan), psikomotor (menyampaikan dan  melaksanakan) dan
afektif (memilih).
Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur
Perancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:
(a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P)
Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas,
iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang
sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam
proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad 34
kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan
digunakan dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan
yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan
murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan
tugasan sebagaimana diarahkan.
(b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P)
Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid
melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi
bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu
sekiranya perlu.
(c) Peringkat susulan dan penilaian
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan
dan penilaian dianggap paling penting  kerana pada peringkat ini guru boleh
menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-murid
boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang
ditetapkan, (iii)  apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang
diperolehnya dalam perkara (i  – iii), guru boleh membuat penambahbaikan
mengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid
melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid
yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi
cemerlang).
Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
(a) Bahan yang sesuai
Prinsip pembinaan  bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan
bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahan berkenaan hendaklah sesuai
dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasa Melayu (secara khusus kemahiran lisan),
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid,
suasana dan kecenderungan pembelajaran murid:35
Kesesuaian dengan perkara Penjelasan
Objektif dan matlamat
pengajran
(a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai dan dapat
membantunya mencapai objektif dan matlamat 
pengajaran;
(b) Selaras dan menepa ti hasrat Kementerian Pelajaran
Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan
Kerajaan Malaysia;
(c) Sesuai dengan kebudayaan, adat res am,
kepercayaan dan amalan dalam kalangan
masyarakat tempatan.
Pendekatan, kaedah dan
teknik pengajaran
(a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas dan pemilihannya
ditentu lebih terdahulu.
Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan
murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan
(b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status
sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;
Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran
akan meninggalkan kesan yang baik kepada muridmurid;
(b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah
murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan
(c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi
tinggi, mendorong, menggerak, merangsang,
mengarah dan menentukan reaksi murid-murid
terhadapnya
Minat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari
dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid
belajar.
Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu  memberi perhatian
kepada perkara-perkara berikut:
(b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran,
iaitu  aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek
rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh
tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya,  bahan yang pilih
dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan
mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip
berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang
kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang 36
mengandungi fakta  bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum,
(v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan
datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!
(c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar
itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya,
bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran
berbahasa. Selain itu, bahan P & P  yang dipilih itu semestinya juga  mengandungi
maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i)
pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat,
latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan  perlu teratur 

No comments:

Post a Comment